Saturday

Ukhuwwah Teras Kegemilangan






~Dosa-dosanya berguguran seperti gugurnya dedaunan dari atas pohon ~

Suatu saat ‘Abdah Bin Abu Lubabah bertemu Mujahid rahimullah. Tiba-tiba Mujahid menjabat tangannya , lalu berkata : ‘ Jika dua orang yang saling mencintai kerana Allah berjumpa, lalu salah seorang di antara mereka menjabat tangan dan tersenyum kepadanya, maka dosa-dosanya berguguran seperti gugurnya dedaunan dari atas pohon. “ Abdah berkata : “ Perbuatan itu [berjabat tangan dan senyum] terlalu ringan. “ Mujahid menjawab : “ Jangan katakan seperti itu, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

Maksud dari Surah Al-Anfal , Ayat 63 :
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan ) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka

Ketika mendengar jawapan tersebut, Abdah bergumam : “Tahulah aku, ia lebih mengerti dariku”

Dalam sebuah riwayat Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia “ *

Begitulah indahnya ukhuwwah yang lahir dari lubuk hati manifestasi kecintaan mereka kepada Allah.

Imam Syahid Hassan al Banna berkata : Yang saya katakan ukhuwwah itu ialah mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

Ukhuwwah seperti inilah yang dibina oleh Rasulullah saw, beliau mendidik para sahabat selama tiga belas tahun di Makkah ditambah beberapa tahun setelah tinggal di Madinah. Baginda ar-rasul sangat yakin bahawa usaha dan upaya membina ukhuwwah ini adalah merupakan perkara penting yang harus dipersiapkan untuk membangun komuniti muslim. Ukhuwwah adalah priority kerana merupakan tuntutan mutlak untuk membangun kekuatan kaum mukminin yang sekaligus menjadi bekalan bagi lahirnya umat islam realisasi dari kalimat tauhid La Ilaha Illallah.

Saudaraku yang jujur, marilah kita bersama berpegang teguh pada ukhuwwah ini yang berpaksikan pada ikatan aqidah dan bercita-cita menunaikan hak-hak ukhuwwah sesama kita. 


Ukhuwwah teras kegemilangan! 


* Olahan sumber dari : Virus-virus Ukhuwwah, Abu Ashim. 

Friday

1 Mesej Baru

Bismillah...

Alhamdulillah, pagi tadi kami menerima mesej pesanan ringkas daripada sahabat kita, Akhi Ahmad Syafiq Bin Asmawi. Mantan ameer KARISMA UiTM yang telah menjalani pembedahan semalam. 


Mesejnya berbunyi ;


" Salam.. berkat doa antum, ana selamat menjalani pembedahan tengahari semalam. Doakan ana dijauhkan dari segala rasa sakit dan dibenarkan balik cepat. Jazakallah khair.

Senyum. ^___^ 
Siapakah yang tidak bahagia menerima berita baik daripada sahabat sendiri. Cukuplah dengan sms ini, hati itu rasa gembira..

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Beban yang ditanggung sahabat lain, kalau tidak sampai tangan kita membantu, dengan doa kirimkanlah. Bukankah itu peranan sahabat? Lebih dari itu moga kita termasuk dalam ciri orang yang beriman.

“Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik)


Dan dalam hati kami doa itu ingin sentiasa dititip. Moga kalian sihat dan ceria selalu menggerakkan agenda dakwah. 

“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajab. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.” ( HR. Muslim dari Abu Ad-Darda’)

Janganlah dilupakan sahabat kita di setiap kali kita bermunajat dan memanjatkan doa kepada Allah, apalagi orang-orang yang telah memberikan kebaikan kepada kita terutama dalam masalah agama dan akhirat.


Semoga Allah selalu melindungi kita di bawah lembayung rahmatNya.
Wassalam

Thursday

Khabar Berita Sahabat Julai [Bab 1]

Bismillah..
Alhamdulillah thummalhamdulillah..diatas nikmatMu yang tidak terhitung ini. 

Kini rejab telah berakhir,sya'ban datang kembali mengisi bersama semester baru yang telah bermula. Dalam kesibukan kita merancang tarikh untuk dipenuhkan dengan pelbagai program tarbawi, mari kita luangkan sedikit masa kita untuk terus menitipkan doa buat sahabat-sahabat seperjuangan kita yang telah diuji. 

3 Julai > Munzir Mazlan 7, adik kepada Ukhti Mursyidah dan Munirah Mazlan telah dimasukkan ke unit ICU, hospital Kuala Terengganu. Kebakaran fizikal hampir 27% ini telah menyebabkan adik Munzir ditahan di wad kecemasan untuk seketika. Kini adik Munzir telah pun selamat menjalani pembedahan dan berada di Hospital USM, Kubang Kerian.

8 Julai > Ukhti Masdiana, Ameerah KARISMA Daerah Petaling dimasukkan ke Hospital Selayang kerana tekanan darah yang rendah. Alhamdulillah kini keadaan Ukhti Masdiana semakin baik.

12 Julai > Akh Syafiq Asmawi, mantan Ameer KARISMA UiTM dimasukkan ke hospital Selayang untuk pembedahan membetulkan semula tulang dibahagian kaki beliau pada tengahari 15 Julai. Semoga pembedahan ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya untuk beliau melangkah lebih jauh lagi. 

Moga Allah memberikan ganjaran di atas kesabaran mereka dengan ganjaran syurga. 
Buat sahabat seperjuangan semua, jaga diri kalian kerana diri kita begitu berharga untuk perjuangan dakwah yang masih panjang ini. 

Tabah dan tegarlah berjuang!

Wassalam 

Dekat

Dekat.
Bila seseorang bertanya kepada kita " Siapakah yang paling dekat dengan kamu? " Agak-agaknya apakah jawapan kita saat itu? Mungkinkah kita akan menjawab ibu, ayah, keluarga kita ataukah sahabat seusrah? Mungkin. Tapi seakan kita terlupa sesuatu.

Bukankah DIA yang Maha Penyayang itu lagi dekat dengan kita kan?
Teringat lirik lagu Cahaya Hati yang dinyanyikan oleh OPICK.

" Allah Engkau dekat , penuh kasih sayang. takkan pernah Engkau biarkan hamba Mu menangis " 


Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
(Al-Baqarah 2:186)

Sungguh DIA lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri kan?  
 Perhatikan maksud dalam firman Allah di atas, bahawasanya Allah adalah dekat dan DIA mengabulkan permohonan bagi mereka yang berdoa selagi mereka beriman kepadaNya dan memenuhi semua perintah-perintah Allah.


Oleh itu mari kita berdoa dan memohon kepadaNya. Sungguh doa itu membangun optimism bahawa tidak ada yang tidak mungkin di dunia ini, selama Allah menghendaki.

 Ia lahir dari lubuk keimanan. 
Ia tumbuh mekar dari kejujuran iman kita.
Mereka yang berdoa kepada Allah senantiasa merasa tidak berdaya , tetapi mereka tidak pesimis. 
Mereka mengakui kelemahan dirinya, tetapi tidak mencelanya.
Mereka menyedari akan kekurangan yang melekat dalam dirinya, tetapi memiliki motivasi untuk memperbaiki. Mereka merasa kurang mampu menyerap beragam ilmu dan hikmah kehidupan, tetapi mereka tidak pernah putus asa. 
Ada kekuatan di balik doa yang mendekatkan kesedaran dirinya sebagai makhluk dengan keyakinan akan pertolongan Allah..

Sudahkah kita berdoa kepadaNya yang dekat dengan penuh pengharapan?

[AIDD] Mohon sumbangan untuk penerusan pengajian





Assalamualaikum warahmatullah. .

Ikhwah akhawat KARISMA yang dikasihi kerana Allah.
Semoga antum dalam ketinggian stamina dan tekad yang kuat dalam mengemban risalah ini. 

Lanjutan daripada email sahabat kita, Akh Saharuddin Yussof pada 9 Julai lalu mengenai anak usrah beliau, kami ingin menyeru ikhwah akhawat agar sama-sama membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung. 

Akh tersebut [anak usrah Akh Saharuddin] pelajar USM, menghadapi kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian yang tertunggak sebanyak RM 1400. Kesukaran ini dihadapi apabila permohonan semula pinjaman PTPTN  beliau masih belum diluluskan kerana pertukaran course. Tambahan, cabaran yang dihadapi sebelum ini apabila keluarganya  bercerai, dan ayahnya tidak lagi memberikan nafkah. Semua wang simpanannya telah habis digunakan untuk menampung segala perbelanjaan pengajian semester2 lalu kerana tidak mahu menambah beban pada ibunya yang sudah pencen dan menanggung banyak wang untuk turun naik mahkamah. 

Justeru kami memohon keprihatinan antum untuk sama-sama membantu akhi ini meneruskan pengajian beliau sementara menunggu pinjaman PTPTN beliau diluluskan. Mohon doa bersama agar Allah menitipkan kesabaran dan kekuatan hati untuk beliau menempuh ujian ini. 


Sumbangan antum boleh disalurkan melalui akaun Akhawat Ikhwah Donation Drive, 
atas nama : Nur Idayu Binti Abd Rahman. 





AKAUN MAYBANK:    114160842669
AKAUN BANK ISLAM:  12-038-02-523254- 1


mohon maklumkan [019-2273155]  : jumlah , tarikh , dan nama akaun [MBB atau BIMB] setelah sumbangan dibuat. 

Kepada JK Kebajikan / PIC Kebajikan lokalitimohon peranan antum bersama-sama untuk menggerakkan kutipan AIDD dilokaliti.

Semoga Allah merahmati dan menggantikan pinjaman antum dengan syurga.

Jazakumullah khayran katheera.



" Ihtimam (kepedulian) , perhatian dan keprihatinan atas nasib saudara seakidah kita adalah kata kunci ukhuwwah. Kepedulian menunjukkan kePEKAan HATI dan JIWA yang HIDUP sehingga ketika melihat saudaranya menderita, terzalimi dan sakit , ia akan turut merasakan yang dialami saudaranya itu lalu berupaya sekuat tenaga memBERIkan bantuan yang dapat dilakukan. 
Tiada ukhuwwah tanpa kepedulian."


Wassalam.

Hanaa' Binti Abdul Rahman
Nur Idayu Binti Abd Rahman
JK Kebajikan KARISMA Nasional 10