Malam itu saya tak tenang, masakan tidak. Kiriman sms yang dihantar seorang kakak juga sahabat lama , benar-benar menghibakan perasaan. Sebak. Pada mak ayah dan kakak yang berada dirumah turut saya khabarkan. Meskipun saya tahu mereka tak pernah kenal. Ayah yang bertanya lebih-lebih tentang latar belakang sahabat saya itu akhirnya memahami yang saya juga belum pernah mengenali beliau. Namun saya pasti ada sesuatu antara kami, mungkin kerana hati kami telah lewat menemui cintaNya pada jalan yang sama.
Untuk Ukhti Ummirul , moga Allah menumbuhkan kekuatan , kesabaran pada jasad apatah pada sekeping hati itu. Kecederaan yang dialami bukan sedikit. Kata doktor – beliau patah kaki, rosak buah pinggang [stage 3] dan juga terdapat darah beku dalam kepalanya. Kemalangan lewat petang ahad lalu itu meragut nyawa insan yang disayangi- ketua keluarga kepada ibu dan 3 adik-beradik perempuan lain. Moga arwah ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin.
~ Nama ukhti Siti Umirul Syafirah yang tertera di senarai paparan wad Hospital Pulau Pinang, wad ICU 10 ~
Sahabat, meski kita jauh..ditambah pula kekangan masa mungkin sedikit menyukarkan kita untuk menziarahi beliau.. Namun saya pasti doa-doa yang dikirim lewat dalam munajat dan sujud-sujud kita akan hampir kepada Ummirul, sampai kepada al-Khaliq . Teruslah mendoakan… Sungguh , rahsia Tuhan atas rencananya. Dan DIA punya sesuatu yang lebih baik untuk hamba-Nya.
Ummirul bersabarlah. Moga Allah sembuhkan dirimu dan beri yang terbaik untukmu. Begitupun untuk seluruh ahli keluargamu. insyaAllah moga Allah beri ruang untuk jasad kita bertemu.
Jazakumullahukhayr kepada akhawat IPG P.Pinang yang datang menziarahi Ukhti Ummirul, kata-kata semangat yang dikirim melalui email dan sumbangan Akhawat Ikhwah Donation Drive [AIDD].
Sumbangan Akhawat Ikhwah Donation Drive boleh disalurkan atas nama; Nur Idayu Binti Abd Rahman:
AKAUN MAYBANK: 1141-6084-2669
AKAUN BANK ISLAM: 1203-802-523-2541
mohon maklumkan> - jumlah, tarikh dan nama akaun [MBB or BIMB] setelah sumbangan dibuat. [ jkkebajikannasional@gmail.com ].
Hanya kepada Allah jualah kita sandarkan harapan..
wassalam
Sahabatmu...
salam, bagaimana keadaan ukhti ummirul sekrg?
ReplyDeletewa'alaikumussalam.. update jam 6pm - kata naqibah Ukhti Ummirul ; masih tak sedarkan diri lagi, tapi bengkak2 pada wajahnya semakin berkurang. syukran atas keprihatinan bersama. terus mendoakan..
ReplyDeletesemoga Allah memberi kekuatan kepada ukhti, dan menyembuhkan ukhti, untuk lebih maju dan tetap terus dalam jalan dakwah ini. amin..
ReplyDeleteSemoga tabah dalam ujian ini buat ukhti ummirul...mudah-mudahan dapat pulih seperti sedia kala..insya Allah..
ReplyDelete