Tuesday

KARISMA ziarah keluarga Ukhti Siti Ummirul Syafirah

Sabtu , 16 Januari – Mewakili seluruh ahli Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) , Jawatankuasa KARISMA Nasional telah menziarahi keluarga Ukhti Siti Ummirul Syafirah di Taman Alma Jaya 2, Bukit Mertajam.

Ukhti Siti Ummirul Syafirah yang kemalangan pada ahad petang minggu lalu masih dalam wad kecemasan dan tidak sedarkan diri. Turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah arwah bapanya , Allahyarham Abd Wahab yang meninggalkan seorang isteri dan empat anak perempuan.

Perubahan terbaru yang dimaklumkan oleh sahabat lain yang datang menziarahi Ukhti Ummirul isnin semalam , beliau sudah menunjukkan gerakan pada kelopak mata jika namanya dipanggil. Kemalangan telah menyebabkan Ukhti Ummirul patah kaki, mengalami kerosakan buah pinggang tahap tiga dan pembekuan darah dikepala. Sehingga kini  pembedahan telah dilakukan beberapa kali untuk membuang darah beku tersebut.  



Pn Faridah Ismail, ibu kepada Ukhti Siti Ummirul Syafirah berkata anak sulongnya itu sangat rapat dengan ahli keluarga dan kemalangan yang berlaku ini sedikit sebanyak mencuri keceriaan adik-beradiknya yang lain ; Siti Ummirul Syakila 19, Siti Ummirul Syamirah 17 dan Siti Ummirul Syafiqah 14. Meskipun Puan Faridah kehilangan suami yang dikasihi namun jelas ketabahan diraut wajah tenangnya. Katanya lagi, beliau harus tabah agar anak-anaknya yang lain turut mendapat kekuatan di sebalik apa kejadian yang menguji mereka.

Dari kiri ; adik Ummirul Syamirah, adik Ummirul Syafiqah dan adik Ummirul Syakillah.


Akhawat Ikhwah Donation Drive  telah dilancarkan bagi mengutip sumbangan untuk Ukhti Siti Ummirul  Syafirah. Sebahagian sumbangan yang terkumpul tersebut telah pun diserahkan kepada keluarga beliau. Kutipan AIDD masih berjalan dengan harapan sumbangan yang dihulurkan kepada keluarga Ukhti Ummirul dapat membantu mereka memandangkan sebelum ini hanya ayahnya sahaja yang mencari sumber pendapatan bagi menampung sara hidup dan persekolahan adik-beradik.


Bergambar sebelum pulang



Sumbangan Akhawat Ikhwah Donation Drive boleh disalurkan atas nama; Nur Idayu Binti Abd Rahman:


AKAUN MAYBANK:    1141-6084-2669
AKAUN BANK ISLAM:  1203-802-523-2541
( Mohon maklumkan> - jumlah, tarikh dan nama akaun [MBB/BIMB] setelah sumbangan dibuat. 

Bersama kita terus mendoakan kesembuhan buat Ukhti Ummirul Syafirah dan kebaikan buat beliau dan seluruh isi keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat…” (Hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah).


1 comment: