Bismillahi rahmanirrahim..
Alhamdulillah thummalhamdulillah...
Tahniah kepada semua ikhwah akhawat KARISMA yang telah pun menamatkan pengajian di IPTA/IPTS masing-masing. Pastinya setinggi kesyukuran itu lebih layak untuk Allah Yang Maha Esa kerana setelah berusaha, bergadang untuk berjaya akhirnya segulung ijazah itu bisa diraih dengan izinNya. Semoga dengan berbekalkan ijazah itu membawa kemakmuran kepada alam kelak.
Serentak dengan tamatnya minggu konvokesyen, kita mulai memasuki bulan Ramadhan. Bulan mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Bulan yang pada awalnya rahmah, di tengahnya maghfirah, dan di hujungnya ialah kebebasan daripada api neraka. Jika segulung ijazah di universiti yang ingin kita capai itu, kita usahakan sehabis baik, sanggup berjaga siang dan malam, bagaimana pula usaha kita pada bulan Ramadhan? Kerana dalam bulan Ramadhan ada anugerah tertinggi yang lebih berharga dan tidak ternilai. Itulah taqwa.
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
Surah al-Baqarah, ayat 183
Malahan terdapat anugerah khas iaitu Lailatul Qodr untuk mereka-mereka yang terpilih sahaja.
Malam kemuliaan (lailatul Qodr) itu lebih baik dari seribu bulan. Surah Al-Qodr, ayat 3
Oleh itu, marilah kita semua berusaha sehabis baik dalam pengajian madrasah Ramadhan yang seketika ini dan beroleh graduasi yang cemerlang.
Ya Allah, panjangkanlah umur kami sehingga kami sempat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini dan berusaha untuk meraih kebaikan-kebaikannya dan mengisi hari-harinya dengan amal-amal yang akan menjadi bekalan kepada kami di akhirat nanti sehingga di akhirnya nanti apabila kami keluar dari Madrasah Ramadhan, kami berharap untuk mendapatkan darjah kebesaran Taqwa.
~ Ramadhan Kareem ~
No comments:
Post a Comment