Wednesday

Putaran Roda Kehidupan



Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini putarannya tersendiri ~

~ Hidup ini putarannya tersendiri...~
Begitulah bait lirik lagu yang dinyanyikan kumpulan firdaus. 


Benar. Dalam kehidupan kita yang singkat di atas muka bumi ini ada putaran roda kehidupan yang tersendiri. Kadang kita diatas, namun tak kurang juga kadang kita dibawah. Ada naik , ada turunnya. Namun bagaimana cantiknya susunan putaran yang Allah jadikan ini, tidak pernah ada sesuatu yang terlewat pun dari hikmahNya yang Maha Indah. Dan tidak ada sesuatu yang Allah timpakan pun kepada kita dengan sia-sia. Pasti!


Hanya terkadang kita sahaja yang sulit untuk menemukan hikmah-hikmah yang tersembunyi itu. 


Lalu bagaimanakah untuk kita mengatasinya? 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” 
Surah Al-Imran ayat 200


Sabar itu adalah merupakan tanda keteguhan iman. 

Hakikat dari sabar itu ialah tidak memprotes sesuatu yang sudah ditetapkan dalam takdir. Walaubagaimanapun, menampakkan musibah yang menimpa diri selama bukan untuk berkeluh-kesah kepada manusia lain - hal itu bukanlah sebab tiadanya kesabaran.

Dari Shuhaib ra. , Rasulullah Saw bersabda,Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik untuknya. Dan hal itu tidak ada kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan maka dia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan untuknya. Apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu juga sebuah kebaikan untuknya.” (HR. Muslim)

Dalam riwayat lain pula, Rasulullah Saw bersabda , “Apabila Allah menghendaki hambaNya mendapatkan kebaikan maka Allah segerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan untuknya maka Allah akan menahan hukumannya sampai akan disempurnakan balasannya kelak di hari kiamat.” (HR. Tirmidzi)


Ada kalanya Allah memberikan musibah kepada hambaNya yang beriman dalam rangka membersihkan dirinya dari dosa-dosa yang pernah dilakukannya supaya kelak apabila di akhirat dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan beban dosa yang berkurangan. Sungguh, Allah memberikan kurnia kepada siapa saja dengan keutamaanNya dan Allah juga memberikan hukuman kepada sesiapa sahaja dengan penuh keadilan.

Kini, kaitkan pula makna kesabaran ini dengan putaran roda. Contohnya roda basikal. Apakah yang akan menyebabkan sebuah basikal untuk terus bergerak tanpa terjatuh? Dengan kayuhan bukan? 


Oleh itu teruslah mengayuh kerana kita kita tidak akan terjatuh selama kita terus mengayuh. Namun jika ada halangan dihadapan laluan yang akan membuatkan kita jatuh, bangun dan bangkitlah semula. 


Dan teruslah mengayuh... ^___^ 

Percayalah bahawa kehidupan ini selalu menyembunyikan pengalaman pelajaran berharga untuk kita tetap melanjutkan kehidupan yang lebih bermakna. Lalu hiasilah hati, lisan dan gerak geri anggota badan kita dengan keindahan sabar. Moga sentiasa sabar tak berbelah bagi!

1 comment: